
YouTube di skrin kereta
Log masuk YouTube Premium sekali, tonton tanpa iklan. Butang stereng tukar video.
Kokpit ialah app Android Auto di telefon anda. Cucuk ke kereta, dan YouTube keluar di skrin kereta untuk penumpang. Tak tukar player, tak beli box, tak usik wayar kereta.
Percuma untuk digunakan. Bayar sekali RM49 bila mahu video terus bergambar semasa kereta bergerak.


Jadi selama ini jalan keluarnya mahal atau leceh:
Harga yang kami lihat dalam group pemilik HR-V, November 2026.
Bagaimana kalau telefon yang anda sudah ada boleh buat kerja yang sama?


Anak-anak tonton kartun kegemaran di skrin kereta. Waze tetap tunjuk belokan di sebelah. Bila masuk waktu, azan berbunyi dan Kokpit tunjuk masjid terdekat. Anda cuma perlu memandu.

Satu app. Tiada perkakasan. Ia guna data telefon anda sendiri, sama seperti menonton YouTube di telefon.

Log masuk YouTube Premium sekali, tonton tanpa iklan. Butang stereng tukar video.

Belokan seterusnya dan peta kecil, tak perlu tutup video.


Lebih 35 stesen radio dan 13 saluran TV percuma.
Lirik ikut lagu yang sedang dimainkan.

Kiraan ke waktu seterusnya, azan, dan mod musafir.

Masjid dan stesen minyak terdekat, satu tekan terus ke Waze.
Pilih kad di skrin Utama. Bahasa Melayu atau English.
Kokpit bermula sebab anak-anak kami mahu menonton YouTube dalam perjalanan, dan kami tak mahu bayar RM500 untuk sebuah box. Setiap versi diuji dalam Honda HR-V 2023 kami sendiri sebelum dikeluarkan.

| Kokpit | AI box | Tukar player | |
|---|---|---|---|
| Harga | RM49 sekali | RM500+ | RM2,700+ |
| Perlu hotspot | Tidak, guna data telefon | Ya | Bergantung |
| Usik kereta | Tidak | Cucuk port USB | Ya, buka dashboard |
| Waktu solat, azan, masjid terdekat | Ada | Tiada | Tiada |
| Radio & TV Malaysia | Ada | Bergantung app | Bergantung app |
Kokpit tidak menggantikan Android Auto. Ia app di dalam Android Auto.

Gambar di bawah ialah skrin Kokpit sebenar, bukan lakaran.


Diuji dalam Honda HR-V 2023, unit kepala Panasonic, Android Auto berwayar.
Apple music, Spotify, radio semua . Tiada bug lagi saya jumpaFavourite feature saya, lyrics implementation dalam apple music dan spotify. Sgt seamless, tak perlu separate widgets ke apa yg kena turn on live activities apa semua mcm di Dynamic Lyrics di iOS, tak perlu setting delay ke apa sbb direct dari app sendiri dah, dan view pun besar.
Dia tanya cara buat video skrin penuh; versi 0.2.32 buat video jadi skrin penuh selepas 30 saat tanpa sentuh skrin.
Saya dah try, best! Tapi Netflix tak boleh ya
Betul: Netflix kunci video dia, jadi tak boleh main dalam Kokpit. YouTube dan TV boleh.
Tp serius cantik tuanYg lain smua dh terbaik
Dia pasang sendiri guna cara Shizuku, dan cadangkan supaya langkah muat turun dipermudahkan. Langkah itu dikemas kini hari yang sama.
Ok, selesai Tuan. Mantap. 👍
Selepas tukar kabel dan hidupkan lokasi (GPS) untuk Kokpit.
Ok jadiTerbaikXde blank2
Pagi itu dia lapor video gelap selepas full screen. Pembaikan keluar dalam versi 0.2.31 pada pagi yang sama, dan dia uji sendiri.
Xde hack2 apa2cuma android auto detect app [Kokpit]..menarik
Terbaik app nie
Ditulis sendiri oleh pengguna, ejaan asal dikekalkan. Nama dan nombor tidak disiarkan.

Cuba Mod Penumpang 60 minit percuma
seumur hidup, satu telefon
Harga pelancaran untuk 100 pembeli pertama — tinggal 97
Belum pasti? Muat turun versi percuma dulu, beli bila anda puas hati. Muat turun

Kokpit ialah app Android Auto untuk telefon Android anda. Cucuk telefon ke kereta yang ada Android Auto, dan penumpang boleh tonton YouTube, TV dan radio Malaysia, lirik karaoke dan lihat waktu solat di skrin kereta, dengan Waze di sebelah video. Tiada tukar player, tiada box, tiada wayar dalam kereta. Dibina dan diuji oleh pemilik Honda HR-V untuk keluarganya sendiri.
Tidak. Kokpit guna data telefon anda, sama seperti menonton YouTube di telefon.
Jika kereta anda ada Android Auto (wayar atau wireless), Kokpit dibina untuknya. Kami uji dalam Honda HR-V 2023. Jika tidak berfungsi dan kami tak dapat bantu, wang dikembalikan dalam 7 hari.
Tidak. Apple tidak membenarkan app seperti ini di CarPlay. Kokpit untuk telefon Android 8.0 ke atas.
Netflix dimainkan dalam app Netflix di telefon, dan skrin kereta mengawalnya (main, jeda, ±10 saat). Gambar Netflix tidak keluar di skrin kereta kerana Netflix sendiri menyekatnya.
Jika anda ada YouTube Premium, log masuk sekali di telefon dan tiada iklan di kereta.
Tidak. Tiada apa dipasang dalam kereta. Cabut telefon, kereta kembali seperti asal.
Pemandu fokus jalan, anak tengok video. Tanpa Premium, gambar video disembunyikan semasa kereta bergerak; dengan Premium, ia terus bergambar untuk penumpang.
Kokpit dijual terus di laman ini supaya harganya kekal bayar sekali. Pasang dengan KingInstaller; panduan di atas.
Bila versi baru keluar, Kokpit beritahu dalam app. Kokpit 0.2.16 ke atas: buka Kokpit → Bantuan & data → Kemas kini. Kokpit muat turun sendiri dan buka KingInstaller dengan fail siap dipilih; tekan Install as king, kemudian Update. Versi lebih lama: muat turun Kokpit di laman ini dan pasang dengan KingInstaller seperti kali pertama. Tetapan dan Premium anda kekal.
Di telefon baru, buka app Kokpit → Premium → "Dah beli? Aktifkan di telefon ini", masukkan emel yang anda guna semasa beli, dan kod dihantar ke emel itu. Telefon lama berhenti Premium. Sehingga 3 kali setahun. (Tiada app? Guna halaman Pindah lesen.)
Jika anda beli dari dalam app, Premium aktif sendiri sebaik bayaran berjaya — tak perlu salin apa-apa. Jika anda beli di laman web, buka app Kokpit → Premium · Mod Penumpang → "Dah beli? Aktifkan di telefon ini", masukkan emel anda, dan kod 6 digit dihantar ke emel itu.
Semua yang lain kekal percuma selamanya — skrin Utama, YouTube bila berhenti, TV, radio, lirik, Singgah dan Waze di sebelah. Hanya gambar video semasa kereta bergerak yang terkunci sehingga anda beli Premium; bunyinya tetap diteruskan.

Ikut turutan: semak jenama telefon, pasang KingInstaller dulu, baru muat turun Kokpit.
Mula di sini: telefon anda jenama apa?
Telefon ini menyekat cara pasang biasa. Menurut KingInstaller 2.6, cara Shizuku boleh jalan bila dua tetapan dalam Pilihan pembangun dihidupkan: Pasang melalui USB dan Penyahpepijatan USB (Tetapan keselamatan). Seorang pengguna Redmi Note 9 sudah berjaya dengan cara ini (9 Nov 2026). Kalau ada telefon Samsung di rumah, itu paling mudah.





Kalau Android Auto naik tapi Kokpit tiada, Kokpit dipasang terus dari fail. Tak perlu buang app itu, data tak hilang. Pasang KingInstaller (langkah 1), buka, pilih kokpit.apk, tekan Install as king. Kemudian cucuk semula telefon ke kereta. Dah guna KingInstaller tapi masih tak keluar? Ikut Cara Shizuku.
Telefon Xiaomi, POCO atau Redmi? Cara biasa disekat; terus ikut Cara Shizuku (termasuk dua tetapan khas Xiaomi). Telefon OnePlus: seorang pengguna OnePlus 13 lapor cara biasa tak lepas dan cara Shizuku jalan (9 Nov 2026).
Sesetengah telefon Android 16 (contoh Samsung S22) tak terima cara biasa. Shizuku memberi KingInstaller kebenaran yang diperlukan. Sekali buat sahaja; data Kokpit tak hilang.
Diuji pada Samsung S22 (Android 16), 8 Nov 2026. Langkah Xiaomi menurut KingInstaller 2.6; seorang pengguna Redmi Note 9 berjaya, 9 Nov 2026. Tersekat? WhatsApp kami.
Tersekat? WhatsApp kami, kami bantu pasang. WhatsApp
Kenapa KingInstaller? Android Auto hanya memaparkan app yang dipasang dengan cara tertentu. KingInstaller memasang Kokpit dengan cara itu.
Telefon Samsung: kalau suis Kokpit Cermin kelabu dan telefon kata "App was denied access", buka Tetapan > Aplikasi > Kokpit > ⋮ (tiga titik atas kanan) > Benarkan tetapan terhad. Kemudian hidupkan Kokpit Cermin di Kebolehcapaian > Aplikasi dipasang.

Muat turun percuma sekarang. Beli Premium bila anda nampak sendiri hasilnya dalam kereta anda.
Harga pelancaran: tinggal 97 daripada 100.
Belum dalam kereta?
Hantar link ini ke WhatsApp anda. Cuba bila naik kereta nanti.